Tadabbur Surah Al-Fatihah

Sinopsis Kursus


Kursus Tadabbur Surah al-Fatihah ini bertujuan membimbing peserta memahami makna, mesej dan pengajaran yang terkandung dalam surah al-Fatihah sebagai Ummul Kitab dan inti pati ajaran Islam. Kursus ini akan menghuraikan tafsiran ayat demi ayat dengan menekankan aspek akidah, ibadah dan pergantungan kepada Allah SWT. Peserta juga akan didedahkan kepada hubungan surah al-Fatihah dengan kehidupan seharian agar bacaan dalam solat dapat dihayati dengan lebih khusyuk dan mendalam. Di samping itu, kursus ini membantu membina kesedaran tentang kepentingan tadabbur al-Quran dalam membentuk hati, pemikiran dan akhlak Muslim.

Maklumat Kursus

Tempoh ⏳ 2 minggu
Jumlah Jam 🕒 20 jam
Kaedah Pembelajaran 📚 ONLINE DAN KENDIRI
Yuran 💵 RM 160

Hasil Pembelajaran Kursus

CLO Keterangan
CLO 1 Mengaplikasikan nilai tadabbur Surah al-Fatihah dalam amalan ibadah dan pembentukan sahsiah Muslim secara berterusan.
CLO 2 Menjelaskan maksud dan tafsiran ayat-ayat dalam Surah al-Fatihah berdasarkan sumber al-Quran, hadis dan pandangan ulama tafsir.
CLO 3 Menghuraikan pengajaran akidah, ibadah dan akhlak yang terkandung dalam Surah al-Fatihah serta kaitannya dengan kehidupan harian.

Penyelaras

Pengajar

Permohonan Kursus

Lengkapkan borang permohonan di bawah untuk memohon kursus.