Penulisan Berita Digital

Sinopsis Kursus


Micro Credential ini memberi pendedahan asas kepada struktur dan teknik penulisan berita digital dalam konteks media dalam talian. Peserta akan mempelajari konsep asas berita digital, struktur piramid terbalik, elemen 5W1H, teknik penulisan pendulu (lead), mengenalpasti sumber sah serta prinsip etika pemberitaan. Modul ini berorientasikan industri bagi membolehkan peserta menghasilkan satu laporan berita digital pendek yang memenuhi standard profesional kewartawanan digital semasa.

Maklumat Kursus

Tempoh ⏳ 1 minggu
Jumlah Jam 🕒 21 jam
Kaedah Pembelajaran 📚 ONLINE DAN KENDIRI
Yuran 💵 RM 160

Hasil Pembelajaran Kursus

CLO Keterangan
CLO 1 Menjelaskan prinsip asas penulisan berita digital. (C2, PLO1)
CLO 2 Menghasilkan penulisan berita yang padat, tepat dan sesuai dengan platform digital. (C6, PLO6)

Penyelaras

Pengajar

Permohonan Kursus

Lengkapkan borang permohonan di bawah untuk memohon kursus.